Friday, July 2, 2010

Facebook OR Millatfacebook

Agak lama jgak aku tidak menjenguk blog ini,
ini kerana diri ini sibuk melayan fb sampai terlupa kepada kewujudan blog ini...huhu,
aku tgk sekarang ni fenomena facebook telah mencapai ketahap yang boleh aku katakan tahap kemuncak apabila hampir setiap orang sekarang ni mempunyai akaun fb, aku rasa tak mustahil sedikit masa lagi fb ni akan jadi macam hanset, sentiasa ditangan bile dimana saja kite berada.

Satu masa dulu laman sosial seperti myspace dan friendster yang mendominasi laman sosial tapi sekarang facebook pula mengambil tempat.

Kegilaan terhadap fb ini aku tengok bukan dipelopori oleh golongan muda saja tapi sampai ketahap wakil rakyat dan pemimpin negara pun ada akaun fb...ish cmne ni, apa kite smua dh lupe ke yang fb ni dicipta oleh sape...lupe, buat-buat lupe atau...

Sekarang timbul lak millatfacebook, facebook untuk islam la plak, tapi betul-betul islam ke ?, bunyi cam same je...emmm entahla blalang, hantam sajala.... lalalalalala!!!

Sunday, February 28, 2010

Coming Soon...RXZ Mesra Alam

Misi kerajaan untuk mengurangkan rempit akan terlaksana tahun ni dengan adanya sebuah jentera yang menggantikan model asal Yamaha RXZ.

Motor RXZ replika yang dapacukan menggunakan tulang 4 kerat pemandunya sendiri ini akan dapat mengatasi kesesakan jalanraya khususnya.

Disamping melindungi lapisan ozon amnya. Kerajaan kini sedang mengusulkan motorsikal tanpa asap yang hanya boleh bergerak 0-20km/j dalam masa 50saat!(bergantung kepada saiz dan stamina penunggang).

Model percubaan ini dilihat oleh pemerhati bebas di kawasan sekitar Simpang Renggam sehingga ke Kampung Gajah Perak.

Pemandunya sedang menikmti roti sardin setelah penat mengayuh di salah sebuah restoran yang namanya dirahsiakan oleh jurugambar tersebut.

Ianya mungkin akan dipasarkan selewat-lewatnya akhir tahun ini dengan harga permulaan RM120.35 tidak termasuk cukai pendaftaran, cukai pintu dan cukai hasil dalam Negeri.

Kini Polis berKuda Putih boleh tersenyum girang sambil memakan kuaci ketika mengejar rempit yang beraksi dengan motor seumpama ini.

1 malaysia, 1 Motor, Kayuh Sendiri!

Sumber: BERTAMA

Tuesday, February 16, 2010